CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 21 Februari 2010

FAKTA MENARIK TENTANG PERISIAN

(http://3.bp.blogspot.com/)

  • istilah perisian (software) pertama kali digunakan oleh John W. Tukey pada 1958
  • perisian dibangunkan dan dijuruterakan serta cepat membangun
  • dalam sains komputer dan kejuruteraan perisian, perisian komputer merupakan semua program komputer. Ia menjadi teori asas perisian moden dan diketengahkan oleh Alan Turing dalam eseinya pada 1935
  • firma pemprograman kontrak pertama ditubuhkan pada tahun 1950. Tahun ini juga aplikasi bisnes digunakan dengan meluas
  • ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc
  • komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1948 untuk menjalankan Baby
  • hanya selepas tahun 1981 program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung
  • FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954
  • Vannevar Bush mencadangkan hiperteks asas pada 1945
  • Tim Berners-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990
  • generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia digabungkan nombor 0 dan 1 di mana komputer menterjemahnya sebagai arahan elektrik
  • pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Pengurus Antaramuka (Interface Manager)
  • Ada Byron Lovelace pernah menulis kertas kerja saintifik pada 1843 yang menjangkakan akan ada kemunculan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) untuk perisian komputer dan muzik
  • program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan dinamakan Aldus Pagemaker 1.0
  • BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) di tulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963 (http://1.bp.blogspot.com/)
  • pemprosesan perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemprosesan perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris di awal 80an
  • Dr. Dietrich Prinz merupakan penulis program permainan catur asal bagi kegunaan komputer am Manchester Ferranti. Program ini pertama kali dijalankan pada November 1951
  • Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960
  • peralatan Debung dan ujian CICS diperkenalkan buat pertama kali oleh Jack Berdy pada 1968, sehubungan dengan penubuhan On-Line Software International
  • Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada
  • MARK IV bahasa memprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962
  • J. Gregory digelar Bapa Teknologi DASD. Beliau menulis program pengurusan DASD pertama
  • perisian biasanya direka dan dicipta secara kod, ditulis dan diprogram pada persekitaran pembangun (IDE) yang memudahkan proses komplikasi program
  • kebanyakan perisian mempunyai dokumentasi agar pengguna hujung boleh memahami program dan bagaimana untuk menggunakannya.

0 ulasan: