CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 31 Januari 2010

blog ni adalah blog yang kedua aku bina...coz, yang mula2 aku buat dulu yang tajuk nye TING!!! tu dah x leh bukak...aku x tau la nape...geram sungguh...background punyo pasal...akhirnye blok aku yang TING!!! tu dah jd macam budu...ermmmm...

Sabtu, 30 Januari 2010

#PELBAGAI ANCAMAN SIBER#

Pelbagai ancaman siber (khasnya virus dan spyware) akan sentiasa membayangi sistem operasi (OS) windows tidak terkecuali windows 7 yang baru dipasarkan. Menyedari hakikat ini microsoft terpanggil untuk mencipta persisian keselamtannya sendiri. Ini termasuklah perisian microsoft security essentials 1.0 yang diberikan percuma. Irektori fail yang dihasilkan. Dalam irektori tersebut terdapat sebuah fail yang berlabel "msseces exe" bersama beberapa fail lain.

Sistem operasi (OS) windows memang sudah tersohor dikalanganpengguna PC seluruh dunia. Namun menjadi(OS) banyak juga ujiannya. Seperti yang kita maklum, pelbagai ancaman terutamanya virus dan juga spyware akan sentiasa membayangi jenama windows, tidak terkecuali windows 7 yang baru sahaja berada dipasaran. Menyedari hakikat ini microsoft turut terpanggil untuk menghasilkan perisian keselamatannyaan yang tersendiri.Umpama perisian percuma seperti microsoft security essentials 1.0 yang berupaya mengesan kemasukan virus dan spyware.
Perisian security ini boleh dijadikan arternatif untuk melindungi PC. Selain mudah digunakan, kemampuannya mengesan pelbagai ancaman boleh mengurangkan kerisauan apabila meluncuri internet. Menurut pembuatnya, perisian ini turut menawarkan perlindungan yang berkualiti tinggi untuk menangkis serangan virus, spyware, trojan cecaing (worm) dan konco-konconya. Malah ianya boleh mengemas kini fail-fail secara automatik tanpa sebarang ganguan. Mungkin fungsinya boleh menjadi pelengkap untuk produk intivirus yang sedia ada.

monitor

Apabila menyetuh mengenai dunia komputer paribadi (PC) masyarakat sering mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU). Sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komuter. Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik. Selain itu dunia perkomputeran telah mengklasifikasikanmonitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD). Mutu monitor bergantung kepada beberapa faktor utama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya, kerana lebih banyak pikselnya, maka lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan.
Prestasi monitor banyak bergantung kepada faktor berikut:

  1. Luminan: ia diukur berdasarkan kandela setiap meter persegi yang memaparkan kekuatan cahaya monitor
  2. Saiz skrin: walaupun secara teorinya saiz 10 inci cukup memberi penglibatan kepada pengguna namun minotor turut menwarkan saiz sehingga 42 inci
  3. Nisbah asek: beberapa aspek nisbah kini ditawarkan seperti 4:3 sehingga teknologi terkini iaitu 16:9 bergantung kepada jenis monitor
  4. Resolusi :antara aspek penting termasuk resolusi paparan memberi makna jumlah piksel setiap dimensi yang boleh disiarkan.
  5. Kadar refresh: jumlah nombor dalam sesaat yang membuatkan paparan menjadi terang
  6. Penggunaan tenaga: diukur berdasarkan 'watt'

faedah penggunaan komputer:


  • menyimpan maklumat yang banyak
  • memperolehi maklumat dengan segera
  • melakukan penghitungan yang rumit dengan tepat
  • mempunyai banyak jenis aplikasi
  • walaupun komputer merupakan alat yang serbaguna, kenerkesananya bergantung kepadaapa yang dapat dilakukan oleh komputer serta tahap penggunaan individu




unit-unit imput

#peranti input merujuk kepada perkakasan yang digunakan oleh pengguna untuk memberi arahan dan memasukkan program dan data kepada komputer
#berikut adalah jenis-jenis imput data komputer:
  • papan kekunci (keyboard)
  • tetikus (mouse)
  • microfon
  • pengimbas (scanner)
  • kamera digital
  • pengimbas kod bar (barcode scanner)
  • mesin VT X- Ray
  • pembaca kad pintar
  • pengimbas cap jari

unit-unit output

#peranti output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data.
#contoh peralatan bagi peranti output ialah:

  • monitor
  • pembesar suara
  • pencetak
  • mesin plot (plotters)


BIAR SETINGGI MANA OMBAK LAUTAN MELANDA...BIAR SEGANAS MANA BADAI YANG MENGHEMPAS...TANAMKANLAH SAUH KETETAPAN AGAR KAPAL TIDAK BERGANJAK HALUAN...BIARLAH BADAI DAN OMBAK ITU BERLALU BEGITU SAHAJA...TANPA MENCALARKAN WALAU SEDIKIT PUN BADAN SI KAPAL YANG TELAH TETAP HALUANNYA...

SAKIT MENTAL

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian keatas lelaki itu bagi mengenalpasti adakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor: Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki: Ya doktor
Doktor: Siapa diri kamu sekarang?
Lelaki: Saya ini manusia biasa doktor
Doktor: Ye ke? bukan jagung.
Lelaki: Bukan doktor
Doktor: Kamu takut dengan ayam
Lelaki: Tidak doktor
Doktor: Hmmm...bagus, nampaknya kamu telah sembuh
Lelaki: Tapi doktor, saya ada satu soalan
Doktor: Apa dia
Lelaki: Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah menjadi manusia
Doktor: ??$$$??